Thursday, July 24, 2008

Wednesday, July 27, 2005

Pening

sakitnya kepala a.k.a pening memikirkan mcm mana la aku boleh terdelete sebahagian besor code dlm template blog aku. aduhai, meluah perasaan plk kat sini. Rasa tak mau usik dulu la, keje research byk lagi ni. nnt dah ready, aku publish yg baru utk http://akicat.blogspot.com

Wednesday, May 04, 2005

geram plak rasa

apesal tak berjaya posting ni? page not found, ceshh..bila masa blog aku kene delete. poning ka blogger ni? try paste sini dulu cemana

Beberapa hari yang lepas, aku ada la try posting review cerita arahan Afdlin Shauki ni. Tapi elok2 je aku click butang Save as Draft trus page error. Angin jugak la rasa sebab dah panjang aku ngarut pasal cerita ni.

Masa balik Trg tempoh hari, adik2 aku dah goda suruh aku tengok jugak cerita ni. Ape la yang best sangat? Banyak la dialog2 dlm cerita tu yang diorang duk sebut2. Akhirnya, sehari sebelum aku balik ke sini, aku berjaya mengadap Kelibat.

Cerita dia ok je, ada part lawak, seram (skit je ni), suspen, kreatif, tak logik (tu biasa la). Afdlin berjaya menerapkan elemen2 baru dalam cerita ni. Lebih kreatif berbanding cerita2 seram yang lain. Cerita ni mengisahkan Afdlin dan partner dia Riezman yang bertanggungjawab utk menghasilkan satu cerita seram. Memandangkan sekarang semua production menerbitkan filem seram, bos mereka (Jeslina Hashim) cuba untuk menerapkan elemen yg sama pada filem terbitan baru productionnya. Bagi Afdlin yang biasa menerbitkan rancangan dokumentari, beliau merasakan adalah perlu untuk menghasilkan satu filem berdasarkan kejadian sebenar.

Disebabkan oleh ketandusan idea, dia dan Riezman telah membuat iklan kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman dlm kejadian aneh atau mistik. Seorang pekerja hotel bernama Ping Ping akhirnya menghubungi mereka mengenai satu kejadian aneh di hotel tempat dia bekerja. Berdasarkan cerita Ping Ping terdapat satu kejadian yang sehingga kini menjadi misteri di hotel tersebut. Seorang pekerja bahagian house-keeping telah mati dibunuh di tingkat 15 hotel berkenaan. Selepas kejadian itu kelibat Tanti (Sofea dlm cerita Raflesia) kelihatan berkeliaran di Tingkat 15. Afdlin dan Riezman telah berkampung di tingkat 15 bagi mendapatkan cerita sebenar berkenaan kejadian Tanti yang mati dibunuh. Pelbagai kejadian suspen dan menyeramkan yang telah dialami sepanjang mereka berada di tingkat 15.

Pengurus hotel, Mr Tan telah cuba mendapatkan bantuan dr seorang bomoh (lakonan Din Beramboi) bagi menghalau kelibat Tanti. Part ni memang best la, ada je idea bomoh tu nak kenakan Mr Tan. Salah satu dialog yang aku ingat "Mintak maaf..Tanti.." hehehe sambil2 carik reception yang bagus dgn memusing antena daun kelapa kat atas kepalanya.

Afdlin dan Riezman telah berjaya membongkarkan kejadian sebenar kematian Tanti dengan bantuan dr kakak Jes (lakonan Shahira) yang mampu berkomunikasi dengan roh. Pembunuh Tanti berjaya dijejaki dengan beberapa insiden yang berlaku sepanjang Afdlin dan Riezman menemuramah beberapa orang pekerja hotel tu termasuk Ping Ping, Mr Tan, Pengawal Hotel, dan Bell Boy hotel tu.

Unik jugak la jalan ceritanya. Adik aku cakap lebih kurang cerita Entity, tapi aku pun blm tengok lagi cerita tu. Kalau tengok Entity, boleh lagi paham la scene dlm cerita Afdlin. Banyak jugak la yg tak disangka2 berlaku dalam cerita Kelibat ni contohnya kemunculan watak Yanti (lakonan Nadia jugak). Boleh kot korang agak cerita ni macam mana. Meh la aku cerita ending dia. Rupa2nya, selama ni kelibat yang kelihatan dekat tingkat 15 adalah adik kembar Tanti iaitu Yanti yang berusaha untuk menjejaki pembunuh sebenar kakaknya. Yanti jugak la yang mengganggu pekerja dengan panggilan2 telefon dari tingkat 15. Tertipu jugak la rasa, nak gelak pun ada. Ping Ping membunuh Tanti disebabkan perasaan cemburunya setelah teman lelaki Ping Ping jatuh hati pada Tanti. Perhubungan Tanti dan pengawal hotel tu terlanjur dan menyebabkan Tanti mengandung 4 bulan. Tanti dibunuh oleh Ping Ping dlm bilik mandi salah sebuah bilik di tingkat 15. Sejak dari kejadian Tanti dibunuh, tingkat 15 telah ditutup kepada penyewa hotel.

Sesapa yang tak tengok boleh la tengok, untuk lepas tensen ok la. Tak berat sangat pun ceritanya, lawak pun ada. ok ye, have fun.

Monday, February 21, 2005

_: test new 'outfit' hehehe :_

hari ni mcm malas btol nak ngadap thesis...ya Allah, hindarilah sifat malas dlm diri hambaMu ini... tapi terasa nak edit aku nye blog..try skin yg aku download dari website blogSkins